Skip to main content

Lagenda Selepas Mahsuri


Yasmin seorang gadis biasa,berparas rupa yang ayu cantik dan berjiwa musik ,macam remaja lain aktif dilaman sosial fb ,twitter ,instgram,thumblr dan juga diary nya 'blog'
menjadi 'Trending' ditwitter pada 3.6.12 membuat kan org disekelilingnya menjadi sebak termasuk org luar malah semua org seakan tidak percya ..Takdir allah kita tidak boleh idakkan memuat foto di'instgram' BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DIALAM KUBUR ' dengan kata2 yasmin 'THIS BOOK KINDA INTERESTING'
Mimpi Ngeri yang yasmin alami menjadi entry didiary tercinta nya 'her illusionist'
Semua ini seakan2 bukti yang yasmin sudah ada persiapan,
persiapan ke 'alam baru' ..meninggalkan keluarga tercinta,rakan2 yang disayangi...tetapi kasih sayang tersebut akan kekal sebati disetiap insan2 tersebut 
3.6.12 tarikh yang akan menjadi detik kehidupan yang baru buat keluarga tercinta,tanpa kekasih hati mereka 'YASMIN' 
masih ramai yang tidak tahu apa kisah yang terjadi ...


Perasaan setiap orang pada yang telah pergi meninggal kan kehidupan didunia . mungkin anda semua turut mengetahui tentang perginya puteri pn .sazlina dan en.johan iaitu arwah yasmin kisah nya amat la menyayat hati membuat kan ramai saudara islam yg mengenali dan tidak mengenali mengambil iktibar..
BAHAWA HIDUP DIDUNIA HANYA SEMENTARA
TERUS TERSEDAR DARI KEHIDUPAN DUNIA ..
apabila dia sudah kembali..ramai org mengenalinya ...ramai org yang tertanya2 siapakah dia ?  persoalan yang berlaku apabila saudara2 islam mengetahuinya
    '' MENGAPAKAH HATI AKU RASA SAYU .SELEPAS MEMBACA KISAH ARWAH BAHKAN AKU LANGSUNG TIDAK MENGENALINYA ,, "

itu lah yang berlaku ..ramai yang berpendapat begitu.
entry ttg 'arwah yasmin johan' ..aqila updte dh masuk 4 kali ...
mendorong utk menceritakan lebih details pada
entry yang bertajuk RINDU ARWAH YASMIN J
sungguh menyayat hati apabila uncle johan (ayah arwah)  membalas..!


Salam Sejahtera Aqilah dan para pembaca blog ini,

Saya Johan E Abdullah @ Johan Peter Hunwick (ayah kepada Arwah Yasmin Johan). Saya amat berterima kasih and so touched atas usaha Saudari membuat komen terhadap arwah anak saya. Saya juga amat bersyukur kepada illahi dan jutaan terima kasih atas doa semua muslimin & muslimat kpd arwah anak saya....only Allah s.w.t. balas kebaikan saudara saudari sekelian 

Mengalir air mata saya menulis komen ini. Nothing more sad for a father then bathing, assist in "kafan", solat jemmaah, usung jenazah cintaku, holding my beloved daughter with my two bare hands and placing her in liang lahad and finally listening to the Talqin.....the list goes on...but i am extremely grateful to Allah that the funeral went on very smoothly as any father could ask for and that i was actively involved.... Alhamdulillah diberi kekuatan olehNya. (ayat ini sangat bermakna bagi aku ..dan tulus ikhlas dari lubuk hati uncle johan)
In Allah we trust and we must redha atas ketentuanNya. As a muslim we must submit in totality to Allah and without any doubt that Allah lebih mengetahui atas segalanya. 

My selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w and i will always berdoa you my anak manja - Yasmin Johan.

disini aqila akan menceritakan & membersihkn nama keluarga HUNWICK segala prasangka buruk yang mengatakan arwh liar ..bebas,naik moto tidak ikut peraturan & mcm2 tomahan lagi . Hari .minit & masa sebelum perginya ' anak manja 'aunty saz & uncle johan..;'(



3 jun 2012 11am

 ketika dalam penggal ke2 cuti persekolahan , arwah yasmin ke sekolah untuk discussion bersama kawan2 karibnya dalam pukul 11 dia dan kawannya pulang ke rumah kawan rapatnya (F) Sebelum sampai ke rumah (F).kwn rapat nya tersebut merasakan sesuatu yg tak kena dgn cara arwah berjalan. (F) tanya kenapa, dia jawab tak ada apa2.  Dirumah (F) arwah nampak penat dan tidor nyenyak. Sebelum tu dia sempat lihat gambar mereka berdua dan dia pegang seperti raut gambar didinding dengan pandangan yang sayu ...
semasa menunggu aunty saz datang mengambil nya..

Manakala aunty saz ketikq tu berjumpa dgn kawan lama beliau, menyebabkan aunty saz tidak dapat mengambil arwah disekolah. arwah sering menumpang dirumah (F) jika ada tusyen atau lewat aunty ambik. sebelum aunty saz ambik arwah dirumah (F) aunty saz menemani kawan sekolah aunty saz shopping di kedai duty free di Kuah (bandar).  kawan aunty saz meminta aunty saz pilihkan untuk dia (kawan aunty saz) dia kata dia nak beli kain batik lepas 3 helai. Aunty saz pilih untuk dia dan mangatakan  '' senang kena ada batik lepas kat rumah, kot-kot ada org meninggal '' .. Waktu shopping tu dalam pukul 2-3 petang. lagi pun aunty saz janji ambik arwah dirumah (F) pukul 3 petang

3pm
selesai bertemu dgn rakan aunty saz..
aunty saz menjemput arwah di rumah (F) dan membawa dia balik kerumah terus, masa tersebut beliau melihat mata arwah dah merah macam baru lepas nangis. Tapi aunty saz tidak mahu bertanya. Bila balik ke rumah arwah terus senyap, Bibik indonesia aunty saz kata arwah minum air teguk macam org terlalu haus, bibik pun heran, arwah tak pernah buat macam tu.

Selepas dia minum air, dia terus ke bilik dan bersama laptopnya.

6.30pm

arwah ada kelas piano pukul 6.30 pm, dia pergi sendiri kereta. Arwah pass lesen kereta dah bulan May.(die excted sbb pass)''Dia kata buat sesuatu dia mesti boleh deliver''
Mungkin tuhan nak kasi dia satisfied before dia meninggal. Dia sempat bawa kereta ke sekolah bersama adiknya Muiz. Tapi Muiz kata, dia bawa kereta pun tak berasa selesa. Ya la kan, bila nak meninggal, kaki kita jadi lemah. Driving kan perlu kaki untuk bergerak

malam

Malam tersebut pun ibu arwah serba tak kena.. resah sahaja.. papa arwah mengemas bilik arwah, pecah gelas ditangan... bila ditegur papanya arwah terus keluar, arwah tak pernah buat mcm tu.. kata org2 tua 'AJal Dah Memanggil' 
bila arwah keluar rumah, aunty saz dah terbayang tempat yg accident tu... tempat tersebut mmg byk org accident dan tak pernah org survive..
jgn salah sangka arwah tidak baling gelas tersebut.. arwah tersinggung alat2 mekap dia sebelum dia keluar dan alat2 mekap terus jatuh berderai. Tidak tahu kenapa arwah tak nak share blik dgn Ayesha adik dia, selalunya dia ok.. tapi hari tu berlainan sikit.selama ni dia sayang adik dia..

11pm
Bila arwah keluar lari dari taman rumah aunty saz ., arwah berjumpa dgn kawannya iaitu, Arwah Nur Hazwani masa Hazwani beli burger di taman sebelah. Arwah Hazwani hubungi kawan yg ada motor bernama Arwah Nur Ainaa Apiqah. Tujuan mereka naik motor tu untuk menghantar arwah ke rumah (F) Dan tujuan mereka naik motor bertiga ialah sebab bila dah hantar arwah Yasmin, mereka balik berdua, so tak la takut sgt. Kan dah dekat pukul 12.Jalan nak kerumah (F) tu agak sunyi. mungkin ralat sikit sbb tak pakai helmet. Tapi kalau ada helmet pun, tgk cara kematian, mmg tak ada yg boleh survive

masa yg berlaku tu sekelip mata, sambil menunggu arwah pulang, masa tersebut juga aunty saz merasa yakin dia balik ke rumah.  aunty saz tertidor ketika menanti kepulangan dia. .

11.50pm

Aunty saz tiba2 tersedar terus buka mata, mata terus terpandang jam 11.50..
Dia meninggal jam 11.50.. Aunty saz merasa yakin dia meninggal masa tersebut kerna jam ditangan dia mati ketika kejadian tersebut .HP dia pecah. Ada org bagi Sim kad dia dekat aunty saz. Tapi sampai sekarang beliau tak pernah buka simkad tu kalau beliau buka, beliau mesti  cerita apa yg berlaku. Mesej apa yg ada.aunty saz tak nak buka, sebab takut aunty saz sedih,'' anak aunty saz dah takder, tak ada apa yg aunty boleh ganti ''
Masa aunty saz menerima berita xcident beliau menjerit sehingga 'lemah lutut' , tetapi beliau masih waras, cuma papa arwah terlampau ' sedih '. Aunty saz tidak pergi tgk mayat dihospital sbb aunty saz takut .takut tak kuat menerima kepergiannya..Aunty saz cuma tgu dimasjid untuk mayat dimandikan. Masa tu la aunty saz nampak dia. terakhir.Dimasjid org terlalu ramai sehingga Pak Imam kata " arwah meninggal ni yg paling ramai dan tak pernah di tengok"
Dah rezeki arwah.. semua saudara mara aunty saz datang dari selangor/kl sempat jumpa dia.. aunty saz tidak merasa ralat sgt sebab tak da siapa yg terkilan tak tengok mayat arwah.

_____________________________________________________________________________________________

Nazak atau sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian. 
Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti. 
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan. 

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut. 
Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air ( yasmin meneguk air yg sngt byk ), kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti. 

“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”.

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.

Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti.

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita. 

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah).

Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah).

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah.

“Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab”
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)

“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) -


Kepada Allah berserah. 


_____________________________________________________________________________________________



(F) : KAWAN KARIB ARWAH
LAGENDA SELEPAS MAHSURI : TAJUK TERSEBUT AQILA AMBIL  DARI PERKATAAN KWN AUNTY SAZ 
AUNTY SAZ & UNCLE JOHAN 
TERIMA KASIH KERANA BERI KERJASAMA ..

arwah YASMIN E ABDULLAH ibarat arwah MAHSURI BINTI PANDAK MAYAH ..
yang akan menjadi LAGENDA ..


lihat ayat arwah didalam gambr just click utk besar kan ..
'ANAK AKU AKAN LAGI COMEL TENGOKKKKK'
Tapi apa kan daya die pergi dulu suatu hari yasmin akan bersama jodohnya di sana ..
amin


alfatihah..take note ! berhenti berfikiran negative..mohon maaf kalau ada kesilapan atau keboringan :)
terima kasih kerana membuka laman blog ini .salam

THIS PICTURE FROM : TERRITORY YASMIN J HUNWICK (FB)



     moral in this text please "don't judge a book by its cover"

aunty saz turut UPAH HAJI untk arwah ..rezeki nya aman lah kau disana wahai lagenda....
alfatihah...family arwh juga akan pergi membuat umrah alhmdulilh

Comments

  1. Jika dia memakai helmet, mungkin dia masih hidup sekarang, bukan apa, sebab kecederaannya parah di kepala.
    Apa-apapun Allah yang menentukannya. Kita hanya merancang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak....
      bnda dh jd pon ...so hope awak x gna kan prkataan klau sbb dr pa yg sya dngar prkataan tue mcm kta x redha ngan pa yg trjdi dlm hdup kta...
      walaupon kmatian dya tragis tp alhamdullilah sbb dya smpat bljar mengucap..doakan yg terbaik utk arwah dan keluarga..semoga keluarga Yasmin kuat menghadapi dugaan Allah S.W.T

      Delete
    2. awak..
      perkataan 'jika' dan 'mungkin' terus terang saya rasakan tidak sesuai di gunakan sebab ia seperti kita menolak qadha dan qadar tuhan. ingat..semuanya dalam pengetahuan Allah swt.Dia yang lebih mengetahui segalanya.
      hanya nasihat.peace =)

      Delete
    3. Bersama sama lah kita mengambil iktibar dan pngajaran dari pemergian Arwah Yasmin.bersama2 kita siap sedia untuk diri kita sebelum kita plak yg akn pergi ke rahmatullah.Kematian tdak mgenal usia.bersih kan lah Rohani kita seperti kita digelar kan Arwah.http://www.youtube.com/watch?v=li_Zv_ovQB0

      Delete
  2. Al-fatihah untuk arwah Yasmin. Sama-sama kita mendoakan dia. Sy walaupun tak pernah kenal arwah. Termasuk semalam dah dua kali sy mimpi berjumpa dia. Ntah apa yang dia mahukan dari sy.
    Again, semoga aunty saz dapat menjalani semuanya dengan tabah. Ingin sekali sy menziarahinya. Insya Allah, one fine day i'll be there.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Syimir, ini aunty Saz, syukur kerana sedekahkan Alfatihah dan berdoa untuk kesejahteraan arwah. Ini lah yg bermakna kepada arwah dan kami. Aunty rasa itu la yg arwah perlu dari kita didunia ini. T.Kasih banyak-banyak - Ibu arwah.

      Delete
    2. Salam Aunty Saz, Riey selalu baca entry pasal arwah & memang terasa tersentuh sangat. Selepas dr hari pertama Riey baca entry arwah, Riey selalu rasa tak sedap hati sampai jd terlalu takut pd satu malam. Riey takut kalau2 kami akan hilang seseorang. Tak sangka semua tu jd kenyataan krn pada malam 7/12/12 (10min sblum pkl 12) Riey kehilangan pak cik yg paling Riey syg. Dia meninggal di hospital di depan mata Riey sendiri & juga mak cik. Mlm ni kami akan adakan malal tahlil yg ke7, diharap Aunty Saz & blogger yg lain akan mendoakan utk Arwah pak cik Riey.

      Rasa berat sgt hati nk terima yg sekarang pak cik Riey da bergelar arwah.. Moga Allah S.W.T. akan memberikan kekuatan kepada kami & juga keluarga Aunty Saz.

      Sememangnya kehilangan org yg tersayang terasa perit sangat..

      Delete
    3. Bersama sama lah kita mengambil iktibar dan pngajaran dari pemergian Arwah Yasmin.bersama2 kita siap sedia untuk diri kita sebelum kita plak yg akn pergi ke rahmatullah.Kematian tdak mgenal usia.bersih kan lah Rohani kita sebelum kita digelar kan Arwah.wallahualam http://www.youtube.com/watch?v=li_Zv_ovQB0

      Delete
    4. sama-samalah kita sedekahkan AL-Fatihah buat arwah Yasmin J Hunwick dan rakan-rakannya

      Delete
  3. :') .. arwah memberi impak besar terhadap golongan remaja :) .. ade hikmah disebaliknya..semoga arwah ditempatkan dengan kekasih ALLAH SWT .

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Saudari Aqilah and readers of this blog, I am Arwah Yasmin's father (Johan E. Abdullah @ Johan Peter Hunwick).I am so touched by your sincere effort, thoughts and time spent to create such a meaningful article dedicated to my beloved daughter - Yasmin. I really miss her tremendously....it is most difficult test for me so far but i know Allah's s.w.t plan is the best.

    Alhamdulillah, till now, my doa and recite of AlFatihah for Arwah Yasmin tak pernah terputus at least 5 times a day .....InsyaAllah it will be until i depart this world. I know i cannot give Arwah any gift but doa, recite of Quranic verses and sedekah.

    While we remember Arwah Yasmin, please do include Arwah's two friends (Arwah Aina & Arwah Hazwani) in our doa.....semoga kesemua mereka mendapat keampunan dari yang Esa, ditempatkan bersama para solehah, dilepaskan dari seksa kubur dan azab api neraka. Uncle pun selalu berdoa untuk 2 rakan Arwah.

    As for you especially and others who wrote and commented good things about Arwah and berdoa untuk kesejahteraan anak uncle - from the bottom of my heart - Thank you very-very much. Uncle berdoa agar Allah s.w.t balas dengan pahala, hidup diberkati selalu serta mendapat taufiq dan hidayahNya. Salam hormat dari Uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersama sama lah kita mengambil iktibar dan pngajaran dari pemergian Arwah Yasmin.bersama2 kita siap sedia untuk diri kita sebelum kita plak yg akn pergi ke rahmatullah.Kematian tdak mgenal usia.bersih kan lah Rohani kita sebelum kita digelar kan Arwah.wallahualam http://www.youtube.com/watch?v=li_Zv_ovQB0

      Delete
  5. aku akan sentiasa doakan kamu di-SANA :')

    ReplyDelete
  6. menyayat hati... sebak.... selalu follow cerita arwah.. :(

    ReplyDelete
  7. i missed her so much..but i will never ever missed her in my prayers & doa..arwah was so special among us..

    ReplyDelete
  8. salam...al-fatihah utk arwah yasmin.saye mmg xknl siapa arwah dan kebetulan 2 3 hari lps trbca dkt blog sbb trslp taip tetiba hti ni terus nkthu siapa sbenarnya yasmin.sye cri semuanye dkt blog arwah dan baca serta teliti satu persatu setiap isi kndungn dlm blog tu.sedih terhru dgn kepergian beliau tnpa diduga.walaupun itu bkn kehendak kite tpi Allah tlh mengturnye dgn cukup semuanye.syukur walaupun sye xpernh kenal arwah semasa hayatnye tetapi hari ni sye dhkenal siape arwah yasmin.sye blh bygkn sifar arwah dari setiap keping gmbrnye mmg ayu dgn wajh yg mnis bertdung.sejuk perut ibu mngndungknnye.buat keluarga arwah jgnla ditangisi dgn kepergiannye dan redhaknlah dgn seikhlas hati agar tdk mnyakitkn htinye...same2 kite berdoa agr arwah sentiasa ditemptkn dgn or yg beriman dan mulia disisinye.buat kluarga arwah teruskn hidup dan perjuangn tabahknlah hati utk terus melalui liku2 hidup ini.arwah akn tenang bila melihat ape yg keluarganya lakukn setelh arwah berada di sana...tpi arwah xpernah jauh kerana arwah sentiasa dihati kite terlalu dekat.tersentuh hati tengah taip disini.terima kasih kerana ditemukn dlm blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah....semoga roh arwah dicucuri rahmat
      semoga arwah damai dan bahagia bersama Allah SWT kekasihnya.

      sama2 la kita doa kn yg terbaik utk arwah jasmin

      al-fatihah

      Delete
  9. alfatihah dan mengharapkan arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman...amin

    ReplyDelete
  10. al fatihah... kisah ni boleh dijadikan iktibar kepada semua tak kira usia. setiap orang akan melalui saat kematian.

    semoga kita sentiasa berada di jalan yang diredhai, sempat bertaubat. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks adinda nurdani
      sama2 kita doa kan arwah agar rohnya di tmpt kn di kalangan org2 yg beriman...insyaAllah

      Delete
  11. bagus info ni, kita tahu apa sebenarnya yg berlaku pd malam itu..byk sumber xsemestinya tepat (bukan xbetul ek). Saya secara serius menyatakan mmg arwah punyai aura yg kuat, terpulang kepada kita merungkai dan memahami..hope dpt ziarah pusara arwah suatu hari nanti....

    ReplyDelete
  12. izinkan saya amik sedikit info untuk di share...thanks ya

    ReplyDelete
  13. kisah yg pnuh pngajaran dan iktibar yg prlu diambil oleh kta smua. alhamdulillah, arwah dpt prgi dngn selamat. aunty saz dan uncle johan mmng sorg yg tabah sbb msih mmbcarakan tntng arwah. sy msih tdak brhnti mndoakan yg trbaik ntk arwah wlaupun sy bru knal arwah. al-fatihah.. sy jga ingin mnta sdikit info diatas ntk dshare..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersama sama lah kita mengambil iktibar dan pngajaran dari pemergian Arwah Yasmin.bersama2 kita siap sedia untuk diri kita sebelum kita plak yg akn pergi ke rahmatullah.Kematian tdak mgenal usia.bersih kan lah Rohani kita sebelum kita digelar kan Arwah.wallahualam http://www.youtube.com/watch?v=li_Zv_ovQB0

      Delete
  14. alfatihah...
    rindu pada senyuman arwah :(
    sy mohon share article ini..

    ReplyDelete
  15. Al-fatihah buad dea :') walaupun sy tk kenal dea, but tersentuh jugak membaca blog Arwah k.yasmin nie, swmoga rohnya dicucuri rahmat. InsyaAllah. Amin.

    ReplyDelete
  16. Al-fatihah buat si arwah . semoga arwah ditempatkan ditempat orang yang beriman :) Amin

    ReplyDelete
  17. mne music piano yg arwah mainkan tu? nk dgr

    ReplyDelete
  18. sangat menyayat hati semoga arwah ditempatkan golongan2 orang yang beriman :')

    ReplyDelete
  19. Ya Allah...sedih nya... setiap kali baca pasal arwah yasmin mesti menangis. Tenanglah engkau di sana...Al- Fatihah :(

    ReplyDelete
  20. Ya allah , saya menangis baca entry nih , sye kenal arwah kak yasmin hanya melalui entry arwah dari blog yg sye follow . Apepun sedih saya xdpat nak tandingi sedih aunty saz . Al-fatihah untuk arwah akak yasmin . :(

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum
    nak tanye skit la...harap xmenyinggung ape2...arwah naik motor ber3 kan...semuanye dijempput ilahi ke ??...

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum...Al-fatihah untuk arwah yasmin dan 2 rakannya..
    dengan apa yang telah berlaku terhadap mereka benar2 menginsafkan saya,betapa singkatnya perjalanan hidup kita di dunia.sungguh saya tak kenal mereka,tapi kisah mereka membuatkan saya tersedar dari lena.termenung sebak saya memikirkan dosa2 yang telah saya lakukan.mari kita ambil iktibar atas apa yang telah berlaku.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..saya juga pernah kehilangan sepupu disebabkan kemalangan motosikal.kehilangan yang tidak disangka-sangka.tapi syukur Alhamdulillah,ibu arwah sangat tabah dan redha dengan apa yang berlaku.kini beliau begitu rajin melibatkan diri dengan hal2 agama,mengikuti kursus jenazah dan sebagainya.terselit hikmah disebalik musibah yang berlaku.setiap daripada kita mempunyai ujian hidup masing-masing..hakikatnya,mereka yang telah pergi dahulu daripada kita masih lagi hidup,cuma bezanya di alam yang lain.yang mati itu hanyalah jasad dan bukannya roh.perjalanan mereka ke alam yang kekal abadi baru saja bermula.persiapkan diri kita sebaiknya supaya kita mendapat pengakhiran yang baik dari-Nya.nasihat ini tak lebih untuk diri saya sendiri.semoga kita semua memperoleh syurga-Nya dan dari apa yang saya telah baca,mereka yang dikurniakan syurga oleh Allah akan dipertemukan kembali dengan keluarganya yang beriman.Subhanallah..moga kita semua memperoleh rahmat-Nya..Insyaallah..

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum adinda aqila

    abg long nk mintak keizinan utk share entri ini

    mudah-mudahan ia bermanfaat utk arwah dan kita semua.
    semoga arwah damai disana dan ditempatkan dlm kalangan hamba2NYA yang beriman dan bertakwa.
    insyaAllah

    al-fatihah utk arwah jasmin

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikummuslam ...ok ..silakan ...yup ..amin...alfatihah ...boleh bg link blog abg long ?

      Delete
    2. amiraimanakashah.blogspot.com

      al-fatihah utk adinda Jasmin J Hunwick

      Delete
  24. Saya ingat lagi yang my mum (my parents tinggal di langkawi) call citer pasal case accident nie..at first i never thot i will get to know those yang terbabit..but this morning i saw a pose on in fb and i started to google her name..to me she is so cute and bijak..but Allah lebih sayangkan dia..to her family & friend thank you sharing her story..walau tak kenal tapi tetap terkesan dihati..untuk dia yang telah pergi Al-fatihah saya hadiahi dan mendoakan agar dia tenang di sana menghadap Tuhan yang Maha Esa...

    ReplyDelete
  25. Innalillahiwainnailaihirajiun.
    Yg prgi biarkn prgi, tk elok kita ceritakan perihal org yg tlh tiada. Doakn dia aman di sana~

    ReplyDelete
  26. awk..sy ambik sikit na letak lam blog sy ya :)

    ReplyDelete
  27. Alfatihah..dah 2 minggu ikuti blog arwah..moga tenang disana amin...teruskan menulis mama&papa arwah..

    ReplyDelete
  28. Al fatihah , semoga Allah mencucuri rahmat :)

    ReplyDelete
  29. Salam..dear blog owner..am so touch..thank you sebab awak dah ambil initiative untuk bersihkan nama arwah..by the way this entry is so meaningful..she (arwah yasmin) is so lucky to have friend like you...by the way di mana lokasi arwah accident..saya pun orang langkawi and bekas pelajar skolah menengah kebangsaan mahsuri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasi arwah accident di Lampu Isyarat berhadapan Taman Langkawi. - Ibu Arwah

      Delete
  30. saya suka baca post. saya mengaku mmg ada part awak cerita saya tak faham but ya saya still try nak faham :) my blog pun ada cerita ttg arwah.. my friend dreamt bout her...

    ReplyDelete
  31. SUBHANALLAH .. MENYAYAT HATI SGT2 ..
    AL-FATIHAH UNTUK ARWAH ..
    KITE MEMANG XKENAL ARWAH TP DGN APE YG KITE BCE NI .. KITE YAKIN ARWAH ADALAH ORG YG BAIK2 DAN ANAK SOLEHAH .. SEMOGA ARWAH D TEMPATKAN D KALANGAN ORG2 YG BERIMAN .. AMIN ..

    ReplyDelete
  32. terima kasih atas2 comment2 anda semua .....

    N Sab twin Rina J : TQ..sorry buat kamu xfaham
    deDeq DE wlshes : alftihah,,amin TQ

    alfatiha ..maaf aqila xsmpt nak reply semua coment

    ReplyDelete
  33. semua nye ada hikmah..moga family nye tabah mhadapi ye..

    ReplyDelete
  34. alfatihah untuk arwah yasmin...semoge rohnye dicucuri rahmat dan d tempatkan dkalangan org2 yg b'iman...smge ahli kuage & rakan2 arwah dpat trime dgn tbah.

    ReplyDelete
  35. alfatihah..semoge roh arwah dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  36. al - fatihah buat arwah Yasmin. walaupun saya tak pernah kenal arwah tapi sejak kehilangan dia seolah olah saya dah kenal dia lama sangat. entah kenapa harini saya teringat dekat arwah sangat. terus saya bukak blog dia dan baca semua entry dia. tak sangka pulak ibu arwah yg jadi admin blog tu sekarang. bila baca balik semua entry blog tu secara tiba tiba saya menitiskan air mata especially entry yg surat dari arwah utk parents dia tu terus saya jadi sebak sangat Tuhan je tahu. kisah dia betul betul sedarkan saya. saya menetap di melaka dan teringin sekali nak melawat kubur arwah plu nak berjumpa family dia. insyaAllah satu hari nanti jika Allah izinkan. doa saya tak pernah putus untuk arwah Yasmin. moga rohnya berada dikalangan orang beriman. thanks sebab share story kat ats ni. it open my eyes widely. AL-FATIHAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hisyam dan semua yang komen di blog ini,, t.kasih aunty ucapkan. Syukur nikmat Allah swt.. kami akan terus merindui arwah. Berterusan alfatihah buat mu anakku.. Arwah YJH.

      Delete
    2. saya ahmmed yusuf bin ahmad azhar,saya sangat simpati terhadap arwah yasmin,kami akan terus mambaca kan al fatihah kpda nye smpai akhir hayat..AL-FATIHAH.

      Delete
    3. gone but not forgotten :')
      semoga arwah bersama-sama golongan ahli Syurga, amin ..

      Delete
  37. alfatihah :') semoga rohnya tenang disana amin.saya mohon ambil utk share ye .

    ReplyDelete
  38. al-fatihah :') semoga rohnya dicucuri rahmat. amin .. :')

    ReplyDelete
  39. Al-Fatihah untuk arwah . Assalamualaikum admin blog ni ,saya mohon share benda ni di blog saya ya . thank you ;')

    ReplyDelete
  40. innalillahi ..
    takziah kpada keluarga arwah..
    sy trut bdukacita atas kejadian yg mnimpa arwah dan keluarga..
    moga Allah S.W.T memberi arwah adik YAsmin keampunan.. Amin Ya Rabb..

    Buat keluarga arwah,fighting!

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum kpd semua. Okay, I just knew about Arwah Yasmin Hunwick. I'm just 19. And honestly once tau pasal ni, buat saya nak tau dgn lebih mendalam tentang what happen to her. Nak nangis baca, seriously. Saya boleh rase kehilangan org yang tersayang itu. Sebab I just lost my father on 24th June. But arwah muda lagi, what I can say is, no matter what, percaya lah, Allah lebih menyayanginya, dan sbnrnya mereka adalah seseorang yang dipinjamkan oleh ALLAH kpd kita. mereka adalah hak Allah, so redha dan terima ketentuanNYA. ini je satu satunya pengubat dan kata kata semangat utk diri saya, bila saya rindu ayah saya. Nasihat saya, jangan putus berdoa untuk mereka, sesungguhnya, hanya doa yang dapat menolong mereka dia alam sana dan itu sahaja yang mereka harapkan. Semoga doa kita bersama dengan mereka. Al-Fatihah :')

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum , Al-Fatihah buat arwah . Moga rohnya ditempatkan di tempat-2 orang yang beriman . Walaupun saya tidak pernah mengenalinya . Tapi amat dirasai pemergiannya selepas membaca semua kisah/tribute yang ditulis oleh blogger-2 . Salam takziah buat keluarga arwah . Moga tabah menghadapi ujian yang telah diberikan . Mungkin ada hikmahnya .

    ReplyDelete
  43. salam..
    baru mule bace, sy da rse sebak.. serius, sgt2 cdey bile sy bce entry kamu aqila.. sungguh, stiap ape y berlaku ad hikmhnye.. n ajal maut jodoh pertemuan semua di tgn tuhan. kte y masih hidup perlu teruskn khidupn. kpd family arwah, tabahlah.. dy di sane sentase melihat kte n dy juga xmau aunt auncle n family bcdey.. arwah da bahagia di sne.. kelak, kte plak akn menyusul..
    alfatihah buat arwah, takziah utk aunt aucle n family, utk aqilah.. terima kseh share tentg arwah.
    alfatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ..ya mulanya qila turut rasa sebak ..terima kasih sbb baca enrty nie..alftihah

      Delete
  44. Al-Fatihah..moga-moga arwah didampingi dengan orang 2 yg beriman..Takziah buat keluarga arwah..

    ReplyDelete
  45. Al-Fatihah buat arwah n takziah buat family arwah.. tak tahu nape,, bile terbace je artikel pasal arwah terus tertarik untuk mengenali arwah .. sebak rase bile bace kisah arwah.. semoga family arwah tabah menghadapi ujian ini ..

    ReplyDelete
  46. Al-fatihah..sye rse terharu dan rse kite didunia ni hanye sementara sahaja..cerite ni boleh dijadikan teladan supaya dpt bertaubat dgn cepat sblm meninggalkan dunia ni buat selame-lamenye..
    Sye ucapkan takziah buat keluarga arwah yasmin..

    ReplyDelete
  47. Al-fatihah buat arwah yasmin...semoga arwah yasmin di tempatkan dengan orang-orang b'iman AMIN3

    Sedih bila baca Bl0g arwah Yasmin :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alfatihah trima kasih ats coment2 amin

      Delete
  48. al-fatihah...baru tahu pasal kejadian ni...allah lebih sayangkan dia...untuk family arwah, semoga terus tabah meneruskan kehidupan..

    ReplyDelete
  49. Salam takziah....kepada ahli keluarga yasmin...
    Keperitan mengharungi ujian kehilangan cahaya mata lbh kuat dr kehilangan kedua ibu bapa...sekadar ingin berkongsi..bg siapa yg d uji oleh Allah swt khilangan ahli keluarga...renungkn dlm diri...dan kataknla pd diri.."ini masa dia d jmput Allah swt dan masa aku juga akan menyusul tiba"...in shaa Allah kesan dr peringatan kematian menguatkn lg hati kita utk mnghadapi kematian...
    "Jgn terlalu sedih dengan kematian seseorang..kerana kita juga akan merasakan kematian"

    ReplyDelete
  50. Al-Fatihah saya sedekahkan kepada Allahyarhamah Yasmin......semoga rohnya dicucuri rahmat.......

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum...maaflah sbb sy xpernah kenal pon arwah sblm nie...ap2 pon...sbg saudara muslim...sy ucapkan takziah dan al-fatihah utk arwah...slps saya baca cerita tntg acident arwah nie, baru sy teringat tntg satu kemalangan y pnh sy dengar sblm nie smsa sy sdg berpraktikal di mardi langkawi..sy ad mndengr tntg kmlngn y melibatkan 3 org bdk prmpuan y nek motor..tp, seingat sy, ad y mngatakn accidnt nie brlaku slps mangsa beli burger. tu mgkin andaian org kot...wlau apa pn..sy trut bersimpati ats keluarga arwah diatas pemergian beliau...

    ReplyDelete
  52. Al-Fatihah.. Semoga rohnya dcucuri rahmat..

    ReplyDelete
  53. al-fatihah untuk arwah , semoga rohnya di cucuri rahmat ,

    ReplyDelete
  54. al-fatihah untuk arwah....sebak dan tersentuh ssgt lpas baca...

    ReplyDelete
  55. al-fatihah....
    Allah dah berjanji dan mengatakan bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati...itulah TAKDIR kita sebagai hamba ALLAH SWT..cuma yg membezakan kita ialah tarikh kematian dimana ianya tiada siapa dapat menduganya...

    Bersama-samalah kita berdoa kepadanya saudara/i muslimin dan muslihat agar roh mereka dalam keadaan yang tenang dan aman...

    ikhlas...

    ReplyDelete
  56. al fatihah utk arwah..baru tau pasal ini..tersentuh baca apa yg ditulis..semoga dpt diambil iktibar yg kita semua akan menuju kepada kematian

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum..saya mohon share post ni di bleg saya..terima kasih.

    ReplyDelete
  58. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  59. salam, first time bce blog ni rasa mcm pernah kenal arwah. sedih sgt.. walaupun saya lambat mngetahui kisah ini, saya tetap ingin terus membaca blog tentang arwah nii. ..saya tak sgka Hamba Allah secantik arwah telah terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi. . Al Fatihah utk arwah. semoga arwah dtempatkan di kalangan org2 yg beriman. .. Amiin..

    ReplyDelete
  60. walau pon aku tak kenal arwah ni siapa tapi dari raut wajah dia aku pasti dia orang yg baik and aku harap dia di tempat kan di tempat oarang yang beriman ...... amin...al-fatihah

    ReplyDelete
  61. saya nak mintak izin untuk menulis kesah arwah di blog saye .... terima kasih

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum...
    Al-Fatihah dan takziah ..
    saya pun tak kenal arwah .tp sejak beliau pergi, rmai yg tertanya-tanya, siapakah beliau .rmai yg mula menyebut tentang beliau .beliau mmg yg teristimewa buat semua .Allah lebih mengetahui segalanya .pemergiaannya membuatkan berjuta org sedih, pilu dan sentiasa mengingati...semoga arwah ditempatkan ditempat org2 yg beriman .

    "setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati"

    ReplyDelete
  63. AL-Fatihah dan salam takziah kepada aunty dan uncle serta semua kenalan beliau., perginya seorang gadis periang dalam keluarga dan seorang penyayang dlm keluarga membuatkan ramai bersimpati., aunty., cekalkan hati. walaupon sy tidak mengenali beliau tapi sy rasa seolah2 die sahabat saya ketika hayatnya masih ad., insyaALLAH setiap kali sy buat kenduri arwah untuk ayah saya, akan saya masukkan namanya... semoga di cucuri rahmat ke atas rohnya., AMIN YA RABBAL ALAMIN

    ReplyDelete
  64. al-fatihah bersama-samalah kita ambik iktibar dgn semua tok....moga rohnya dicucuri rahman....amin....

    ReplyDelete
  65. salam takziah buad kelurga arwah semuanya ..
    al-fatihah ..

    maaf , tapi saya kurang paham dgan situasi yg berlaku brkaitan 'pecah gelas ditangan' and so on yg mbuadkan arwah keluar rumah , actually apa sbenarnya yg berlaku ??

    anyway, i'm actually proud of aunty saz and pe0ple wh0 help spreading this st0ry , it make all of muslim wh0 heard this st0ry will sedekahkan al-fatihah t0 arwah ..

    by the way , i just want all 0f t0 kn0w which reading this that i have the same age as arwah als0 , and kn0w i'm just waiting f0r my SPM result ..

    just a summary but please read .....

    ta0n lepas , 0fk0s kami ada exam t'besaq , exam trial kat sk0lah p0n alm0st take f0r 3 weeks .. sec0nd weeks 0f trial and there is still a few subjects that we didnt t00k yet , unf0rtunately , my classmate passed away (she had rabbits like almost sepul0h pasang and she like animals s0 much).. she didnt even finished t0ok her trial .. nway , disebabkan dy terlalu syg kan bnatang, dy lupa nak jaga kbersihan shgga dy trkna jgkitan kuman .. my friends fr0m nearby sch0ol als0 passed away but this 0ne , he passed away a c0uple weeks bef0re taking his trials exam (r0ad accidents - hit a l0rry fr0m behind in highway PLUS r0ad) .. al-fatihah ...

    ReplyDelete
  66. Saya tumpang letak dala blog saya ya .. kalau lapng bolela jenguk ya
    akusigadisblogger.blogspot.com
    tq

    ReplyDelete
  67. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
    Al-Fatihah.

    Salam buat Ibu dan Bapak mudah2an senantiasa di rahmati Allah, aamiin... Syukur saya kehadirat Allah yang menguasai semesta alam kerna Ibu dan Bapak dapat menghadapi segala dugaan dan perecanaan nya dengan begitu tabah serta redha.
    Semoga Allah menepatkan arwah di tempat yang paling indah di syurga, aamiin, in sya Allah.

    Nabi sholallohu ‘alaihi wasallam bersabda : 
    " Berusahalah meraih apa-apa yang bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan bersikap lemah. 

    Jika musibah menimpamu, janganlah katakan : Seandainya aku melakukan ini dan ini tentu hasilnya akan begini dan begini. 

    Akan tetapi katakanlah : " Ini adalah takdir Allah, apa yang di kehendaki- Nya pasti terjadi."

    Sebab berandai - andai itu dapat membuka pintu kejahatan setan." ( Hadits riwayat Muslim (6945) dari Abu Hurairah )

    ReplyDelete
  68. assalam..
    saya dari wp labuan..actually baru malam ne saya selami blog dan mengenali dengan lebih lanjut si gadis cantik yang orang sebut2 dalam fb dan blog..kalau bukan kerana teman yang share.saya tak tahu langsung..
    membuatkan saya langsung terus membeli novel untuk mengetahui kisah lanjut dan dalami sedalamnya tentang arwah yasmin and her family..
    jujurnya saya sebagai seorang yang terlalu rapat dengan ayah saya sendiri pastinya tahu apa yang ayah yasmin rasa sekrang..walaupun ayah saya masih hidup..tapi bila dia pi oustation atau ketempat jauh..saya pasti rasa rindu teramat sangat.dan saya tak tahu apa terjadi kalau satu hari nanti jika ayah takda..
    for family arwah yasmin..
    walaupun tak mengenali kamu secara dekat..sy tahu..arwah yasmin pasti happy dan tenang dialam sana..bila mana lebih ramai lagi orang nak mengetahui kisah arwah dengan lebih dekat..saat2 terakhir beliau..saya sendri baca even sket..dah keluar airmata..apa2 pun tabahkan hati anda semua..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman..

    ALFATIHAH
    ~all the way from small island..LABUAN(izzati)

    ReplyDelete
  69. Even dah one year berlaku, bila baca ni terasa sebak even i'm boy sekalipun. Sedih gila :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Test JPJ 2015

Hai guys, danggg nak cari tips test jpj laa tuewwww !

I daftar lesen after fnal year dah habis, seminggu dekat rumah terus pergi belajar memandu, ujian komputer quite nervous sebab sekarang syllabus baru dan boleh pulak buku kelas D tebal mcm buku teks kemahiran hidup -.- Tapi i refer banyak dekat buku dahula kala , ala yang kulit hijau and all objective question tu , mesti ampa semua ada punya kannn. 

(TEST COMPUTER)
Tips untuk ujian komputer banyak buat latihan , hafal segala amaran/halangan/tanda isyarat/mandatori/merit , untuk merit ni wajib hafal trust me, kalau agak susah nak ingat list kan merit dkt note mana-mana cepat ingat nanti.
Waktu nk pergi jawab exam computer hujan rintih2 , hmm hujan Rahmat ni , hehe,, Masa daftar pagi tu ada 3 orang saja tak ramai pon , after staff scan ibu jari , ambil gambar dan terus pergi buka komputer . I dapat 47/50 dalam masa 8 minit tanpa semak sebab takut nanti berubah hati dekat jawapan lain .Alhamdulillah lulus .
3week i tunggu lama gila nk…

How to edit using Snapseed

Hye follower,
How to use snapseed? normally i just using Apps editor which is called VSCO Cam , Snapseed & MIX.
Tapi sebelum waktu pelajaran bermula i nak admit la i bukan pandai sangat nak main dengan tone tone ni tak handal mcm abg Z.own , Abeden mung and other suggested user :) 








https://instagram.com/tkdnxv/


https://instagram.com/z.own/






step 1 TUNE IMAGE










CAMERA GT-S7580  X0X0!