Skip to main content

Sakit tak pakai braces ?

 Entry  yang sangat panjang , get ready  yoo!

Bercakap tentang braces first impression untuk semua orang  ialah Ugly betty . Untuk  i pula , i adore sesiapa pun yang pakai braces because its looks so beautiful . Pernah suatu tika dulu i berhasrat nak pakai braces di zaman persekolahan tapi i kena batal kan niat tu sebab keluarga i bukannya orang berada ( not  attention seekers ok :P ) 


Apa itu braces ? Braces ialah besi yang melekat pada gigi kita supaya gigi tersusun lebih elok ,tapi untuk nak elok pun mesti ada seksanya (beauty is pain )  , si pemakai harus berkumur selepas makan atau pon mengunakan lidah sebagai pemantau sama ada sisa makanan terperangkap di besi-besi tersebut atau tidak  
(ala-ala pengawas yg berdedikasi gitu bermula hujung gigi kanan sampai hujung gigi kiri ).
 Bila kita dah ber- braces maka  akan terjadi nya masalah menutup mulut dengan baik, mula-lah  sering  menjuih mulut kedepan & airliur juga akan berkumpul kahh kah kah.


Untuk pengetahuan semua i pakai braces bukan saja-saja tau , struktur gigi bawah i tersangat teruk menyandar satu sama lain bagaikan pasangan yang tengah hangat bercinta. Untuk gigi atas i ada satu yang buat spoiled dia rapat menyorok belakang gigi depan. 

Tapi semua yang jadi salah i , bila ada gigi longgar i tak nak cabut main guna lidah kiri kanan then esok lusa tercabut sendiri tanpa darah bhaii haha , tapi padahnya gigi kekal takda ruang nak tumbuh dia pon berubah arah la majukk katanye . 

* imbas kisah dulu * 
Pemeriksaan gigi di sekolah ya ampun paling ngeri dengan muka nurse garang & doc pula pakai mask terasa doc tu ketua jahat  ( budak budak imaginasi tinggi sikit  ) bila van kesihatan lalu nak ke  klinik budak-budak yang kelas nya di tingkat bawah la akan nampak dulu so yang  tingkat atas ni akan terkejut beruk bila ada orang panggil dengan kad hijau di waktu sesi pembelajaran  kah kah by hook or by crook you memang kena pergi tak boleh lari. 

Dan i salah seorang mangsa doc gigi yang terkejut beruk bila orang datang bg kad hijau tu, 
i masih ingat lagi suasana waktu itu i sempat sembunyi di  tandas sebelum pergi ke klinik, nak lari tapi takut, takut kena rotan so i apa pun terjadi i kena hadap geng baju putih tu and i endup dengan dua batang gigi. 



Bila i dah besar i mula menyesal dengan apa yang jadi & i berjanji dengan diri " i one day kalau i ada anak i akan pasti kan gigi dia akan di cabut bila tiba waktu nya ",  so there's no more gigi rongak.
#katakantidakuntukbraces



KLINIK PERGIGIAN DR NOOR DINA






Alhamdullilah dengan izin Allah swt i berjaya pakai braces ! last year bulan 3 i ada bt check up dekat Klinik pergigian Dr Azleen tapi bila balik rumah cerita dekat family semua tak izin kan, so i pon frust menonggeng la hainya itu impian dari i kecik-kecik nak pakai braces. So bulan 3 tahun ini i berjaya  memujuk hati mak untuk  izinkan i pakai braces di Klinik Doc Dina. Klinik Doc Dina i tahu pon dari Tasha , assistant doctor orangnya  lemah lembut i tanya itu ini senyum jer jawab kalau  orang lain myb dh kena rengau aku ni! Haha semua  appointment dengan doktor dia yang tolong uruskan.


19/3/2017 
Check up untuk braces. Jadi doktor tengok, doktor inform yang i di haruskan  4 batang gigi  termasuk gerham yang berlubang (yang ini mmg tak dapat diselamatkan ) , then doktor tanya i nak balik  fikir dulu  ke macam mana ? I terus cakap nk  buat , so doktor inform  kita  terus buat  acuan/mould gigi. 

p/s : perkara yang i paling malu bila doktor tgk gigi gerham i euwww paling teruk, mesti doktor fikir i pemalas jaga gigi kan!!!


23/03/2017 2.30Pm 
Hari ni pulak i datang untuk cabutan bertuah, gigi mana yang bertuah nk kena cabut lerrr, ok i masuk saja dalam bilik, assistan doc suruh duduk then doktor sapu kan ubat kebas  selepas beberapa saat doktor cucuk  di beberapa bahagian gusi btw beb xsakit rasa cm kena gigit dengan semut jer ! Bila dah kebas doktor masuk kan seperators di tepi gigi  bagi memudahkan pemasangan molar bands. Seperators hanya bertahan dalam tempoh seminggu. Then bila nak masuk kan getah di gigi gerham atas  jenggggggg ada cavities pula  punggah betui ! Dia boleh dok makan dalam pulakk! Yang noticed tu pon husb doc dina so memang harus tampalan la jawab nyaa .  



Molar bands


Seperators



Lala di suruh berpindah ke bilik sebelah untuk scalling setelah siap scalling tiba masanya gigi ku dicabut, gigi  pertama yang di cabut sebelah kiri . Doktor muda ( tak tahu nama dia tapi dia cantik ) dia cungkil cungkil sikit baru la dia pusing2 then cabut ! ( sambil menyanyi lagi doc ni sempoi betul )  .

Gigi bertuah seterusnya gigi gerham, gigi ni rosak dan  rapuh baru nk tari dh retak lama juga la doktor cuba tapi failed nurse panggil husb doktor dina dia pula take over rasanya dia terpaksa cabut satu  persatu serpihan gigi tersebut , Doktor cakap kalau sakit bagi tahu, ( aku ni pantang org sebut sakit dan dan sakit la ) masa dia nk cabut tu i cakap sakit,doktor pun bagus cucuk lagi then dia tanya rasa tak  jarum i cakap tak, dia  kata haa ada lagi la tu ubat ha ha ha  gelabah  biawak jer,  kiri kanan juga la kepala nak  di cabutnya.

             #Tips apabila melalui proses mencabut gigi ialah bertenang & lembutkan badan



26/03/2017 12.30 Pm

Husb doktor dina  yang handle i untuk hari ni , perkara pertama ditanya " macam mana lepas cabut ok tak sakit tak ? ", i pon dengan lagak jawab nya " tak sakit doktor tapi mcm ada nanah dekat bekas cabut tu ", then doktor inform cakap itu tulang , fuh lega  dengar !! Baru nk acu domba dkt doktor  tapi i  rasa doktormacam wonder dengan i sebab i tak sakit lepas cabut gerham.
 Hurm well well lala kan !

Doktor  ada explain gigi  yang ada cavities ni elok cuma dia makan dalam, kadang-kadang dia naik ni nasib, “saya tau qila mmg jaga gigi tapi takpa kita boleh tampal “.
 (Aduhai rasa berbunga2 hati doc  puji i cuma paling cuak bila orang kata I xpandai jaga gigi ).

Untuk cucuk kali ni tak rasa apa langsung, first buat tampalan doktor gerudi & buang dulu semua cavities ,then asah gigi & proses tampal, doktor ada  masukkan satu alat hold gigi tuh bagi memudah kan proses tampalan, setelah siap tampalan doktor cucuk lagi untuk proses cabut, rasa nya untuk 2 gigi  ambil  masa dalam tempoh 1 minit. 
Thanks doktor 

Yeayyyy akhirnya lala berjaya cabut 4 batang gigi!


30/3/2017
Harini  i datang untuk pemasangan braces ,first patient ok! Sebelum doktor  sampai  sempat la menyembang  dengan staff situ namanyer  Ain, comel orangnya putih gebus. Then kak milah 
(  senior staff ewah mcm tau semua akuni  haha )datang dari  bilik sebelah Tanya dkt si ain ni ,  “  ain ada bau buah quanen  tak ? i  ni  muka dah  cuak sebab  4 hari lepas husb doktor dina ada tanya i "aqila ada bawa buah quanen ka?",tapi i senyum jer la then kakmilah  pon perasan yang hari tu mmg i ada juga dalam situasi #bauquanen  ! hahah  semua curious mana  datangnya bau tu,
Mungking kah body mist aku berbau buah quanen ?
benar-benar memalukan ciss haha 
               
 # Bath & body works please make flavor durian too.    



Doktor yang pasang braces untuk lala Doktor Dina ( orang nya tinggi , berkaca mata & cantik ). 
Untuk kalini i memang xtahu nk bercerita mcm mana sbb byk proses  tapi over all mmg tak rasa sakit langsung . 

Thanks GUYS

----------------------------------------------------------------------------------------------

LETS START TO OUR SUBJECT 
SAKIT TAK PAKAI BRACES ?


Itu soalan lazim untuk orang bertanya kepada si pemakai braces, termasuk juga diri ini sebelum berbraces. Ok sejujur nya tidak sakit waktu pemasangan braces,cuma akan rasa sakit bila i cuba nk gigit sesuatu mengunakan gigi hadapan berlaku dalam tempoh  1-2 minggu & akan menjadi normal setelah melepasi tempoh tersebut. Dan akan ada masa nya satu dua batang gigi sakit tapi takper bukan sakit yang sampai ke otak hahaha.

Untuk cabut gigi SUMPAH TAK SAKIT 

CARA PENJAGAAN 

Untuk penjagaan gigi i ambil masa 2 minute untuk gosok gigi 
# menggunakan berus gigi khas untuk braces
# normal berus gigi ( soft ) 
#  flos gigi 



For further details please cari mr you tube 

ULSER 

Gunakan wax yang diberi 
# gumpalkan secara halus dan lekatkan pada besi gigi yang menyebabkan ulser di dinding mulut

HARGA / PRICE 

After i recce-recce rate braces di kawasan sungai petani klinik pergigian doktor dina rate yang paling rendah. Harga untuk braces 3500myr exclude cabut , scalling & tampal.



first month, zoom tgk ada spring ok #wanitabesi
&
below photo is second month, dah buang spring tu !
kenapa ada spring ? sbb gigi tersebut tiada ruang utk letak bracket 





DETAILS OF KLINIK PERGIGIAN  DOC NOOR DINA

Address : no  4 jalan cindai jaya 1 , taman cindai jaya 08000 sungai petani
Phone : 04-422 3030




Thanks sebab baca celotehs lala!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Test JPJ 2015

Hai guys, danggg nak cari tips test jpj laa tuewwww !

I daftar lesen after fnal year dah habis, seminggu dekat rumah terus pergi belajar memandu, ujian komputer quite nervous sebab sekarang syllabus baru dan boleh pulak buku kelas D tebal mcm buku teks kemahiran hidup -.- Tapi i refer banyak dekat buku dahula kala , ala yang kulit hijau and all objective question tu , mesti ampa semua ada punya kannn. 

(TEST COMPUTER)
Tips untuk ujian komputer banyak buat latihan , hafal segala amaran/halangan/tanda isyarat/mandatori/merit , untuk merit ni wajib hafal trust me, kalau agak susah nak ingat list kan merit dkt note mana-mana cepat ingat nanti.
Waktu nk pergi jawab exam computer hujan rintih2 , hmm hujan Rahmat ni , hehe,, Masa daftar pagi tu ada 3 orang saja tak ramai pon , after staff scan ibu jari , ambil gambar dan terus pergi buka komputer . I dapat 47/50 dalam masa 8 minit tanpa semak sebab takut nanti berubah hati dekat jawapan lain .Alhamdulillah lulus .
3week i tunggu lama gila nk…

Lagenda Selepas Mahsuri

Yasmin seorang gadis biasa,berparas rupa yang ayu cantik dan berjiwa musik ,macam remaja lain aktif dilaman sosial fb ,twitter ,instgram,thumblr dan juga diary nya 'blog' menjadi 'Trending' ditwitter pada 3.6.12 membuat kan org disekelilingnya menjadi sebak termasuk org luar malah semua org seakan tidak percya ..Takdir allah kita tidak boleh idakkan memuat foto di'instgram' BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DIALAM KUBUR ' dengan kata2 yasmin 'THIS BOOK KINDA INTERESTING' Mimpi Ngeri yang yasmin alami menjadi entry didiary tercinta nya 'her illusionist' Semua ini seakan2 bukti yang yasmin sudah ada persiapan, persiapan ke 'alam baru' ..meninggalkan keluarga tercinta,rakan2 yang disayangi...tetapi kasih sayang tersebut akan kekal sebati disetiap insan2 tersebut  3.6.12 tarikh yang akan menjadi detik kehidupan yang baru buat keluarga tercinta,tanpa kekasih hati mereka 'YASMIN'  masih ramai yang tidak tahu apa kisah yang terjadi ...

Per…