Thursday, August 13, 2015

Pengalaman Test JPJ 2015

Hai guys, danggg nak cari tips test jpj laa tuewwww !


I daftar lesen after fnal year dah habis, seminggu dekat rumah terus pergi belajar memandu, ujian komputer quite nervous sebab sekarang syllabus baru dan boleh pulak buku kelas D tebal mcm buku teks kemahiran hidup -.- Tapi i refer banyak dekat buku dahula kala , ala yang kulit hijau and all objective question tu , mesti ampa semua ada punya kannn. 


(TEST COMPUTER)

Tips untuk ujian komputer banyak buat latihan , hafal segala amaran/halangan/tanda isyarat/mandatori/merit , untuk merit ni wajib hafal trust me, kalau agak susah nak ingat list kan merit dkt note mana-mana cepat ingat nanti.

Waktu nk pergi jawab exam computer hujan rintih2 , hmm hujan Rahmat ni , hehe,, Masa daftar pagi tu ada 3 orang saja tak ramai pon , after staff scan ibu jari , ambil gambar dan terus pergi buka komputer . I dapat 47/50 dalam masa 8 minit tanpa semak sebab takut nanti berubah hati dekat jawapan lain .Alhamdulillah lulus .

3week i tunggu lama gila nk start class

(Training by En.Fisol)

Pukul 3 ptg seminggu sebelum puasa. First class Cik Fisol beri tunjuk ajar mengenai RSM & RPK 
RSM stand for Rutin Sebelum Memandu and RPK Rutin Pemeriksaan Kereta. Lepas ajar die suruh ulang , Gulppp alamak byk tak ingat , but i try my best sambil gelak2, Alhamdulillah Cik Fisol cikgu yang sangat baik tak garang 100% baik .

Class i banyak 1-3 ptg bulan puasa ok , i akan tanggu die pergi solat dalam 1.20 Ptg class baru start.  First time i nk drive ni, cik fisol ajar lepas cengkam perlahan & so on la ,but i admit masa tu i mmg xtahu main gear, streng pegang still lelong,  hanya dalam satu pusingan dalam litar terus cik fisol suruh bawah p jalan raya . Oh My God i rasa nk tercabut jantung dengan tak tahu main gear lagi, motif sebab terus p jalan raya die kata nanti penat main dalam litar.

I drive ke tiga tiga jalan , i start belajar tukar gear time drive hahaha, pengalaman yang ngeri wee direct tiga hari belajar then next week dua hari class. Cik fisol suruh buat Qti before raya but i refused takut lupa bila jpj nanti lol

(QTI)
Yang ni ngeri juga la sebab side parking i terlanggar penghadang jalan selalunya ok ja takut gila failed , i dapat cukup2 makan markah penilai tu bagi , dia suruh i tambah masa , tapi i takpi sbb xda duit ;P 

(TEST JPJ 10/8/15 )
Malam sebelum Jpj, i berlatih drive tengah nak jalan kedepan i telanggar pasu bunga mak sampai pecah hahaha ala bukan apa pon sebab nk elak bonggol tinggi tu , serius cakap bonggol tuh sangat tinggi . Perasaan hari2 hampir jpj , Ya allah gundah gulana chekkk oi , i solat baca quran nak bg tenang hati , Alhamdulillah tenang.
Yahhh dah pagi, di sebabkan rumah i xsampai 5 minit pon dgn tmpt bljr i keluar pukul 8pg, ceh masuk ja dalam kawasan pusat memandu, ni haaaa kereta berderet bersedia utk ujian, kereta dekat litar lagi, Yang lawaknya i sorang bawak bantal kes takpuas duduk bukan sebab kaki tak sampai , pg2 dah kena dengan cikgu mat sebab bawak bantal org lain senyum2 gelak, i senyum buat derk je la , bukan apa kena attack sebab i pegang je bantal tu xde nya sumbat beg hahaa.

Semua orang muka sembab , sebab awal pg kan , then tengah tunggu , nampak laa jejaka2 jpj sampai , pergh bergetaq tulang rusuk cheqq bukan sebab hensem sebab depa nampak tegas dgn uniformnya arghh . 

Ketua Jpj datang muka garang, tapi baikkk alhamdulillah la , die bg sepatah dua kat , ramai gila ulangan jpj so depa akan buat dulu yang new ni la kena tunggu lama, Jpj buat dua kumpulan , bahagian litar  dan jalan raya , after Rpk semua ke kumpulan masing2, i orang last hmm.

Dalam litar , Alhamdullillah lulus, time nk pergi ambik borang dekat ketua jpj hujan lebat, so rehat dengan ketua2 jpj la , gila ramah n paklawak , time tu depa xtick lagi untuk borang i, i terus tanya cik saya lulus tak , jawabnya ya lulus2 haha, Opsss Bantal aiiii tertinggal punya gelisah la takut kereta tu hilang mana >,< kena lagi dengan ketua jpj sebab bantal ,jenuh kena sakat dengan dia haha
Hujan pon stop dapat keputusan pergi pondok ke dua untuk drive tunggu 3 student lain  , and my turn dah sampai ,hmmmm getaq hanya tuhan yang tahu.

Assalamualaikum Cikkk ( OK guys jgn lupa bg salam)
I : cik nak tutup enjin boleh tak ?
En.JPJ: Nak tutup apa pintu rumah ka? (paklawak juga)
I : Hahaha, Nak tutup sebab nak buat Rsm.
En.JPJ: Boleh
I : Pung pang pung pang cakap , dah cik
En.JPJ: Betul ke ni
I : Ehhh ada g , haha lampu bla,bla . Dah cik
En.JPJ: Okk

Nak keluar simpang i lambat sebab ada kereta banyak, Cik JPJ mulut asyik bercakap suruh i cepat jalan, myb die letih dah kot,

I : Cik kita nak pergi jalan berapa 
En.JPJ: Jalan 1 (dalam bahasa tamil,siam,mandarin dia sebut)
I : Hahahha cik jalan berapa 
En.JPJ: la xkan xfaham
I : Dak , tak faham
En.JPJ : (Still dalam bahasa lain sebut jalan 1 ) kita pergi jalan satu 

Banyak sangat conversation -,-

Masuk kawasan pusat memandu tunggu die tick sambil buat lawak, die kata " saya tengok kamu ni happy saja nak lulus la tu'' i terus jawab dak aih cikk , kalau saya failed pon saya still kena dtg lgi buat jpj, bla bla bla
Nahh , i xkuar dari keta , sat nk tgk dlu .
Ya Allahhhhhh cikkkkkkk , saya lulus, baiknya cikkkkk , Ya Allah semoga Allah rahmati cikkkkk, terima kasih cikkk , sambil tengok i ambil beg dekat sit belakang senyum gelak cik jpj tu boleh dok bt lawak bini kedua apa ntah i gelak saja la , haha!
FYI, u got jpj perempuan naya u, sungguh ekkk i senyum saja masa bertembung dkt toilet ya tuhan buat derk , tapi alhamdullilah sbb xdapat awak :)

Alhamdulillah semua hanya berlaku satu kali saja , Semoga Allah merahmati cikgu fisol, cik2 jpj , tenaga pelajar lain sebab baik hati . Amin



  

Friday, July 24, 2015

How to edit using Snapseed


Hye follower,
i want to teach you guys using basic snapseed. Follower instagram thought im iphone user , but they were wrong , normally i just using Apps editor which is called VSCO Cam , Snapseed & MIX.

Tapi sebelum waktu pelajaran bermula i nak admit la i bukan pandai sangat nak main dengan tone tone ni tak handal mcm abg Z.own , Abeden mung and other suggested user :) 







                                       

https://instagram.com/tkdnxv/



https://instagram.com/z.own/





BEFORE & AFTER


 
step 1 TUNE IMAGE
step 2 DETAILS ( sharpening)







BEFORE & AFTER



step 2 DRAMA
step 1 TUNE IMAGE

CAMERA GT-S7580 
X0X0!

Thursday, July 23, 2015

Moment




ONLY PICTURE 

Botanical Garden Penang

Picnic

 PENANG HILL, PENANG , MALAYSIA
CHEW JETTY/ TAN JETTY




BATU FERINGGI

PANTAI MERDEKA


PENANG ISLAND

SAYONARA PARTY, MAK AI PUTIHNYA :#
byeee :) XOXO


Sunday, September 15, 2013

Ramadhan Raya Best Moment

Assalamualaikum
Terpanggil untuk menulis,
Ramadhan kali ni memang lain sikit sebab bersahur berbuka berterawih bersama Housemate,bila balik saja dari class kami akan siap2 untuk melabur duit, memandangkan kami semua takde own transport jalan kaki la jawab nye, yang syoknya kalau kami p bazaar mesti dapat murah tak pon orang lain tgh queue kami tak gadoh nak queue , selit ja menyelit , haha

Maira ana n lala kalau pergi bazaar confirm beli stock makanan untk 3 stage first utk iftar second lepas isyak third after study masing2 pakgemok masa tu mana nk sedar diri gendenpolpol. Main menu, Kerang Bakar setiap hari beli, dua bekas plak tu mana tak resedung kan , mulalah bising bila jerawat membiak dengan suburnya .

Yeahhhh , raya, rayaaa tell the world raya is coming :)

Almaklumlah kg side abah & mak dah xtakde sapa, so raya pertama beraya dirumah, raya kedua baru balikkampung , rumah sahabat handal tak pergi pulak sebab tak sempat. Raya tahun ni lain sikit sebab mayesa sakit, i dah noticed perubahan kaki & muka die, kalau bangun pagi mesti muka dia akan bengkak mcm sembab, masa cuti sem i dah perasaan mengadu juga dkt mak tapi mak kata xda apa pon tapi bila cuti raya ni makin menjadi, raya kedua kaki die bengkak dan raya ketiga lagi bengkak bwk ke specialist, doc tuh sah kan hidap Nephrotic Syndrome doc suruh tunggu dlm beberapa hari kalau tak surut kena bt appointmen, dah jadi mcm ni tak boleh biar, call doc buat surat masuk hospital terus check ambik darah tunggu result sah sakit tu . Kesian tengok mayesa dekat sebulan juga la dkt hospital dh mcm rumah ke3 dia , setiap bulan ada checkup.Hopefully mayesa cepat sembuh.Amin

Tengok tu tengok pipi die bulat mcm terlebih yis



Monday, July 22, 2013

Auto City Seberang Perai

Sapa yang rasa tak pernah pergi auto city, cuba la p its quite interesting because u can gt everything with afforadble price










Friday, July 5, 2013

Penang Mengkuang Dam, Butterworth is Awasome

Mengkuang Dam merupakan empangan terbesar di Pulau Pinang. Di selatan Kampung Mengkuang di Seberang Perai.Sumber utama air minuman kepada penduduk Pulau Pinang, Empangan Mengkuang juga merupakan kawasan rekreasi kegemaran untuk semua orang. Terdapat trek jogging dan wakaf. Empangan ini juga merupakan tempat perlumbaan perahu naga selama bertahun-tahun.

Empangan Mengkuang dibina antara tahun 1982 dan 1984, dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Dr Haji Awang bin Hassan pada 4 Disember, 1985. Dengan kapasiti 23.5 juta meter padu, ia adalah sepuluh kali saiz Itam Dam Ayer. Ketinggian empangan adalah 24.7 meter.Ini semua FAKTA you all should come to Penang trust me tak kan menyesal


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
My own experience with them

Well said , perkara tak rancang selalu menjadi, so we decided utk overnight, tapi kami tak dela pegi mana pon just jenjalan dekat Qb pusing2 kota lama then balik seberang sambung lepak dekat MCD Seberang Jaya sampai ke subuh i ajak alip & fariz balik depa tak nak, kesian plak takut kantoi dkt pakguard kantoi fly haha.So atas belas kasihan lepak la lagi, tepat pukul 7 , Si ain ni bersuara
 " Korang penah ternampak tak sign board ada tulis Mengkuang Dam, tau tak jalan kesana "
 Si alip jawab " tau penah pegi tapi kecik2 dulu la tak ingat dah "
So ain pon ajak pegi , sebelum tuh depa semua dah makan pagi i je belum suruh si alip belanja TQ alippp :)  
I ni pantang masuk kereta mesti tidoq , pegi mana pon i will bring shawl or any shirt to cover my annoying face while sleep, dalam setengah jam juga la nak pergi Mengkuang Dam,  tapi time nak u turn untuk penghujung jalan tuh i dah sedar dari tido lena, ii a ternampak Fariz yang drive , dalam 1 minit rasa kagum gila cara dia drive smooth gila, Mengkuang Dam tuh jalan dia berliku2 macam jalan Balik Pulau so bahaya la takut time turun bertembung dengan qeta lain..alip xberani bawak sebab katanya, Tapi i suka  dkt aliff n fariz sbb depa bukan jenis yang gila stereng , selalu nya budak2 remaja ni suka bangga dekat jalan raya.

Sampai saja pintu masuk mengkuang dam "wah macam dekat luar negara "
kabus yang masih ada , matahari baru muncul sungguh menyungguh aman tempat tuh tak menyesal langsung pegi , Mula la perjalanan kami yang lawak nya kami saja yang pakai jeans , pagi yang hening penuh gelak tawa kami , berlakon seolah2 dkt luar negara flight delay la , tgk tapak project la mcm2 depa semua buli i ikut jalan sampai ke atas bukit fuhhh penat gila tapi seronok , aliff ain fariz sambil jalan sambil bagi motivasi dkt i kata depa '' JANGAN CEPAT MENGALAH KO TUH DAH GEMOK , INI LA ORG MELAYU BUAT SESUATU MUDAH PUTUS ASA PATUT LA BANGSA LAIN DOK NAIK DAN TINDAS'' ha itu la motivasi terlalu banyak tapi tak ingat dah . 
Perjalanan yang sangat jauh dan tak dapat dilupakan
them <3

sabarina menari oppa gangnam style


lots of love Qila 

Monday, June 3, 2013

Setahun Perginya Gadis Lagenda Selepas Mahsuri

Jari Jemari ini mendorong aku untuk terus menaip ...Mungkin kau bukan lah jodoh ku atau takdir aku untuk mengenalimu , Aku merindukan mu , setengah mati merindu aku tetap menunggu tiba masanya.
Disetiap tidor aku kau datang 3 kali .. mimpi terakhir kau mendesak aku datang ke Langkawi , menjenguk kau , seolah2 kau memerlukan aku , tapi aku minta maaf  , aku hanya dapat berdoa dari jauh .

Sudah genap setahun gadis tersebut meninggalkan keluarga tercinta ..bertemu Illahi ,doa dari orang yang mengenali dan tidak mengenali masih berterusan .
Ramai orang berkongsi cerita tentang mimpi mereka bertemu arwh Min , Aunty saz pernah kata aunty dan uncle xpenah berkesempatan mimpi arwah min datang dalam mimpi tapi pada 26.5.2013  tarikh yang bakal hampir dengan 3.6.2013 aunty saz mimpi kan arwah

kata aunty saz : Sehari sebelum tu aunty pun ada rasa nampak dua kilas-kilas saja masa umur dia 2 tahun Tapi semalam mmg real, aunty mcm rasa ada arwah perlu ke Umrah dah, haji dah Sedekah buat sekolah agama Cuma aunty baru bercerita dan sms cikgu piano dia ptg semalam aunty nk jual balik piano
Lepas aunty mimpi tu dan cakap balik la Along, aunty dpt rasa samada dlm mimpi atau pun dah sedar, aunty kata kat diri aunty 'nak balik mcmmana, along dah takder'
Qila utk pengetahuan qila, ayat tu la aunty sms dia masa dia keluar rumah dan dia x jawab..


Ya allah disebalik mimpi ni mesti ada yang tersirat ...mungkin die perlukan aunty dan uncle utk doa kan yang lebih disana ...atau mimpi tuh datang sbb Allah nak bagi aunty lepaskan rindu dkt arwh min... aunty mmg tekad ke nak jual piano tuh,,, bagi Qila itu la kenangan yg ada aunty simpan jaa ...mungkin suatu hari nanti ada penganti yang akan mula bermain piano....



Sehingga sekarang setiap orang merindui dan mendoakan arwah mungkin ada yang tanya siapa arwah yasmin ? apa yang istimewa dengan Yasmin J Hunwick ni ...jawapan nya ringkas saja 'gadis yang memberi impak besar untuk kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah'


Aku bisa berjalan walau tanpa sejenak tertidur..
Aku terjaga walau peluh memelukku. Damai.Secarik bait kisahku yang telah berlalu..Belum lama tapi masih kurasakan rindu..Kau bidadari rindu yang menjelang hilang..Cintaku..kau pergi..Entah kemana lagi aku harus menyampaikan puisi..Kau tau..kata hatiku slalu ingin bicara..Ia ingin dan sangat berharap Kau kembali lagi..Walau terang tak mampu menerangi..Walau bintang terpecah dan tak putih berkilap..Tapi kau tetap benderang..Lihatlah mataku yang tak pernah kosong darisinar itu..Sinar jingga yang entah apa…Bidadari rinduku..Kau ciptakan aku tanpa arti..Disini adalah tempatku bersandar..Dimimpiku…walau setahun telah berlalu….pergi…..

(writen by : osman tikus)



- tiada sehebat kata melain kan kasih sayang yang tidak pernah berakhir -

DOA AKAN SENTIASA MENGERINGIMU WAHAI SYG ..ALFATIHAH .